USAHA MEMULIHARA

HARIMAU MALAYA

Menyelamatkan Harimau Malaya adalah tanggungjawab bersama.

INISIATIF

Bagaimana komuniti boleh membantu ?

Kempen ‘Selamatkan Harimau Malaya’ telah dilancarkan pada Mac 2019 sebagai mempergiat usaha memulihara kewujudan spesis terancam ini.

INISIATIF KEMPEN

Menyelamatkan Harimau Malaya adalah tanggungjawab bersama.

Program Konservasi & Penyelidikan

Penubuhan Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan, Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan, penyelidikan harimau malaya, pengayaan habitat dan program pembiakan harimau malaya dan sumber makanannya.

Program Tajaan & Sumbangan CSR

Pelancaran Tabung Tabung Kempen Selamatkan Harimau Malaya untuk menerima sumbangan badan korporat, syarikat atau individu bagi tujuan pemuliharaan Harimau Malaya.

Program Penguatkuasaan

Meningkatkan operasi rondaan dan penguatkuasaan bagi memantau perlindungan Harimau Malaya terutamanya di habitat hotspot yang menjadi tumpuan pemburuan haram.

Program Kesedaran Awam

Meningkatkan program kesedaran awam melalui pameran, ceramah, dialog bersama masyarakat dan program sukarelawan menerusi Jabatan PERHILITAN dengan kerjasama pihak NGO.

Publisiti dan Promosi Kempen

Memperbanyak penerbitan video dan poster infografik untuk hebahan di media sosial, media TV dan penerbitan artikel tentang Harimau Malaya.

Jumlah Dana Terkumpul

Rekod terkini sehingga 31 JANUARI 2022

RINGGIT MALAYSIA (RM)
10
Syarikat Korporat
1,594,535.90
NGO/ Pertubuhan
88,363.00
Institusi Pendidikan
53,845.00
Agensi Kerajaan
29,723.20
Sumbangan Individu
49,382.00

PELAKSANAAN PROGRAM

01.

Program Konservasi Harimau Malaya

  • Pembiakan Harimau Malaya Dalam Kurungan
  • Pembiakan Sumber Makanan Harimau Malaya (Tiger Prey)
  • Rehabilitation, Rewilding & Release Program Di Pusat Konservasi Harimau Malaya
  • Geran Penyelidikan Harimau Malaya
  • Program Anak Angkat Harimau Malaya Di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan
  • Pembangunan Teknologi (R&D) Program Pemuliharaan Harimau Malaya
  • Pembangunan Kapasiti Dan Kemahiran
02.

Program Penguatkuasaan Harimau Malaya

  • Kawalan Dan Rondaan Kawasan Hotspot Pemburuan Haram (Ops Belang)
  • Operasi Bersepadu Khanazah Negara Bersama Polis Diraja Malaysia-PERHILITAN (OPS Khazanah)
  • Program BP3 (ATM-PERHILITAN-PDRM)
  • Program pembangunan teknologi dalam aktiviti penguatkuasaan
  • Pembangunan kapasiti dan kemahiran penguatkuasaan

03.

Program Kesedaran Awam

  • Program Pendidikan Biodiversiti (PPBD) Untuk Pelajar Sekolah
  • Bahan Pameran Dan Kempen Selamatkan Harimau Malaya
  • Bahan Publisiti Dan Promosi Kempen Selamatkan Harimau Malaya
  • Pembangunan Program CEPA
  • Program Kesedaran Awam Untuk Kumpulan Sasar

PROGRAM BERSAMA KOMUNITI

Antara usaha bersama yang telah dijalankan bagi menjayakan usaha memulihara populasi Harimau Malaya melalui Kempen “Selamatkan Harimau Malaya”.

Sumbangan Anda Dapat Membantu

Sumbangan anda adalah khusus bagi tujuan aktiviti pemuliharaan Harimau Malaya. Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia bersama dengan rakan kerjasama strategik akan mempergiat pelbagai bentuk usahasama dalam menjalankan aktiviti pemuliharaan Harimau Malaya melalui sumbangan daripada anda.

PUBLISITI & HEBAHAN MEDIA

Antara usaha bersama yang telah dijalankan bagi menjayakan usaha memulihara populasi Harimau Malaya melalui Kempen “Selamatkan Harimau Malaya”.

RAKAN KERJASAMA

Scroll to Top