Harimau telah hidup di hutan negara kita sejak berzaman lamanya. Ia merupakan ikon negara dan dilihat di mana-mana, dari Jata Negara ke lambang-lambang institusi kerajaan mahupun swasta.
Di dalam bahasa Melayu juga, ia disebut dalam lebih 50 peribahasa.
Marilah kita—dari kerajaan, organisasi korporat, yayasan-yayasan, organisasi bukan kerajaan serta seluruh rakyat Malaysia bersama-sama berganding bahu untuk menyelamatkan Harimau Malaya kita.