Usaha Kerajaan Melindungi Harimau Malaya

1. Operasi dan Rondaan

Meningkatkan rondaan penguatkuasaan dan pemantauan harimau di kawasan-kawasan hotspot pemburuan haram di mana 200 kakitangan PERHILITAN kini sedang menjalankan rondaan secara berterusan di 20 lokasi hotspot pemburuan haram Harimau Malayamenerusi operasi bersepadu dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang akan dibincangkan dalam Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa yang terdekat. Terdapat juga persetujuan pada dasarnya dari beberapa universiti untuk mendapatkan sukarelawan mahasiswa dari kursus biodiversiti dan perhutanan untuk mengadakan rondaan.

2. Operasi Jerat

Melaksanakan Operasi Jerat secara berkala di habitat harimau bagi mencari dan memusnahkan jerat.

3. Moratarium Spesis Mangsa Harimau

Melaksanakan moratorium pemburuan terhadap spesies mangsa harimau seperti Rusa Sambar dan Kijang selama 5 tahun iaitu dari 1 November 2016 hingga 30 November 2021.

4. Program Pembiakan (Captive Breeding)

Memperbanyakkan program pembiakan (captive breeding) Harimau Malaya dan Rusa Sambar dalam kurungan untuk tujuan pelepasan ke habitat asal. Pembiakan rusa sambar bertujuan untuk memperbanyakkan sumber makanan kepada harimau. Untuk pembiakan Harimau Malaya, Jabatan PERHILITAN akan memulakan pembiakan secara Artificial Insemination dengan menggunakan fresh semen bagi induk yang tidak dapat dipasangkan secara semulajadi.

Temuramah Agenda Awani, Astro Awani 26 Mac 2019 bersama Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS)

5. Santuari Harimau Malaya

Merancang untuk mewujudkan dan mewartakan Santuari Harimau Malaya di tiga landskap utama iaitu Belum-Temengor (Perak), Taman Negara (Pahang, Terengganu, Kelantan) dan Endau-Rompin (Rompin).

6. National Tiger Conservation Centre (NTCC)

Menubuhkan National Tiger Conservation Centre (NTCC) di Lanchang, Pahang bagi tujuan penyelidikan. Dijangka siap pada penghujung tahun 2019.

7. Program Kesedaran Awam

Meningkatkan program kesedaran awam melalui pameran, ceramah, dialog bersama masyarakat menerusi Jabatan PERHILITAN dengan kerjasama pihak NGO yang berkaitan.

8. Tahun Perangi Jenayah Siber Hidupan Liar

Menjadikan tahun 2019 sebagai “Tahun Perangi Jenayah Siber Hidupan Liar” (Combating Wildlife Cybercrime) sebagai kempen menangani jenayah hidupan liar atas talian yang semakin berleluasa.

9. Program Sukarelawan

Mengadakan Program Sukarelawan yang melibatkan masyarakat awam untuk bersama-sama terlibat secara langsung membantu kerajaan dalam usaha mencegah jenayah hidupan liar dan pemuliharaan hidupan liar.

10. Kempen Selamatkan Harimau Malaya

Mengadakan Kempen Selamatkan Harimau Malaya selama 2 tahun iaitu 2019 – 2020 dengan tema khusus iaitu “Save Our Malayan Tiger”. Kempen ini telah dilancarkan pada 17 Mac 2019 sempena Hari Hidupan Liar Sedunia 2019.

Teks temuramah 26 Mac 2019 | Agenda Awani, Astro Awani

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top