Program pelepasan semula hidupan liar bertujuan menambah dan memperbanyakkan bilangan populasi hidupan liar yang terancam dalam sesuatu kawasan.
Program ini merupakan salah satu program konservasi di bawah Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia.
Antara spesies yang telah dilepaskan semula bawah program ini termasuklah Rusa Sambar, Tapir, Burung Botak Upeh, Burung Merak Hijau, Burung Merah Mata dan Burung Merak Pongsu.
Program pelepasan hidupan liar kali ini melibatkan spesis Rusa Sambar yang berasal daripada Pusat Konservasi Hidupan Liar (NWRC) Sungkai, Perak.
Lokasi pelepasan rusa sambar ini terletak di adalah di kawasan Padang Ragut Sungai Dekar, berhampiran kawasan Taman Negara Pahang, di mana projek padang ragut ini juga merupakan salah atu usaha pihak Jabatan dalam menambahbaik rantaian sumber makanan kepada hidupan liar di sini.
“Kita mengarapkan dengan program ini akan meningkatkan populasi rusa sambar dalam hutan. Dengan adanya rusa sambar jantan dan betina, kita mengharapkan spesis ini akan membiak dengan jayanya,: jelas Pegawai Perhilitan tersebut.
Rantaian Makanan Harimau Malaya
Rusa sambar merupakan salah satu sumber makanan bagi Harimau Malaya. Pengurangan populasi spesis sumber makanan ini mengganggu rantaian makanan haiwan pemangsa seperti Harimau Malaya yang boleh mengakibatkan ia keluar mencari makanan di kawasan perkampungan sekitar hutan.
Pembiakan sumber makanan seperti rusa sambar ini merupakan salah satu inisiatif yang dijalankan di bawah pelaksanaan program konservasi untuk Kempen Selamatkan Harimau Malaya.
Klik sini untuk baca lanjut inisiatif kempen
Artikel ini telah disiarkan pada 4 September 2020 | Jabatan PERHILITAN