Penaja Kempen Selamatkan Harimau Malaya

PUTRAJAYA, 29 Julai – Bersempena sambutan Hari Harimau Sedunia yang lalu, Tabung Kempen Selamatkan Harimau Malaya telah mengumumkan berjaya mengumpul dana sebanyak RM1,344,800.

Majlis penyerahan cek penajaan telah berlangsung semasa program sambutan tersebut dengan memberi penghargaan kepada semua wakil penaja untuk turut memeriahkan majlis. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Penaung Kempen, YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir bersama, YB Dr Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah & Sumber Asli.

Setinggi penghargaan kepada semua para penaja yang telah menyumbang kepada Tabung Selamatkan Harimau Malaya. Dana tabung ini pastinya akan banyak membantu operasi dan kerja-kerja pemuliharaan hidupan liar, spesis Harimau Malaya ini.

– Sambutan Hari Harimau Sedunia, 29 Julai 2019

Sumbangan Anda Menyelamatkan Harimau Malaya Kita.

Inisiatif Kempen SHM

Dalam menyelamat dan memulihara spesis Harimau Malaya, pihak Kerajaan Malaysia melalui Jabatan PERHILITAN dengan kerjasama beberapa jabatan lain dan NGO telah menjadualkan pelbagai usaha berterusan.

Inisiatif Kempen Selamatkan Harimau Malaya ini termasuklah:

  • Program Konservasi & Penyelidikan
  • Program Tajaan & Sumbangan CSR
  • Program Penguatkuasaan
  • Program Kesedaran Awam
  • Publisiti & Promosi Kempen

Anda juga boleh menyumbang

Kempen SHM menerima sumbangan berbentuk wang ringgit dan kesukarelawanan. Untuk mengetahui lanjut bagaimana untuk menyokong kempen ini, lawati laman web rasmi www.harimau.my atau ikuti perkembangan terkini SHM di media sosial Selamatkan Harimau Malaya.