Pameran Belang yang dianjurkan di Muzim Negeri Pulau Pinang telah dilancarkan pada 8 Mac yang lalu. Belum pun sempat dikunjungi ramai, muzium terpaksa ditutup berikutan penularan wabak pandemok Corona Virus di seluruh dunia, dan di Malaysia terutamanya.
Bagi tidak mengecewakan peminat-peminat seni dan penyokong Harimau Malaya, Pameran BELANG ditukar mode kepada pameran atas talian. Melalui siaran langsung di Facebook Muzium Negeri Pulau Pinang tersebut, beberapa siri virtual tour telah disiarkan. dengan memamer semua hasil seni BELANG tersebut
Pameran yang dijalankan dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang ini bertujuan untuk mempromosi dan menghargai hasil seni serta meningkatkan kesedaran masyarakat dalam menjayakan satu misi iaitu Kempen Selamatkan Harimau Malaya yang kini diancam kepupusan.
Keunikan pameran ini ialah kesemua karya yang dihasilkan adalah bertemakan Harimau Malaya dalam pelbagai medium. Setiap karya yang dipamerkan pula adalah bagi tujuan jualan dimana sebahagian daripada hasil kutipannya akan disalurkan ke dalam tabung kempen ini.
Istimewa Untuk Peminat BELANG

Produk cenderahati BELANG turut dijual secara atas talian bagi memudahkan komuniti mendapatkannya di mana jua anda berada. Setiap pembelian akan menyumbang kepada Tabung Selamatkan Harimau Malaya.
Lawati laman web e-catalogue BELANG untuk membeli-belah dengan lebih gembira.
Terima kasih atas sokongan anda kepada Kempen Selamatkan Harimau Malaya!