‘Ngauman’ penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Gabungan suara penyanyi hebat tanah air bergema seiring usaha memperjuang kelangsungan hidup spesies istimewa!

WWF-Malaysia bersama Maybank mempelawa setiap rakyat negara ini untuk meluangkan waktu santai hujung minggu dengan berhibur sambil mendalami satu mesej penting tentang salah satu khazanah negara yang semakin terancam di Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Foundation Shahril Azuar Jimin, konsert maya ‘Roar for Life 2020’ yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menjadi kemuncak kepada kempen Hari Harimau Sedunia selama sebulan dengan tema ‘Save the Malayan Tiger’.

“Pengurangan bilangan harimau Malaya adalah ancaman ekosistem utama yang perlu ditangani dengan segera. Melalui usahasama Maybank dan WWF-Malaysia, kami tetap komited untuk memperjuangkan usaha pemuliharaan harimau sementara kami melalui cabaran yang timbul dari pandemik COVID-19.

“Konsert yang disiarkan pada malam Merdeka berfungsi sebagai peluang yang sangat baik bagi semua orang untuk dihiburkan oleh artis terkemuka serta mempelajari lebih lanjut bagaimana mereka dapat berperanan secara aktif dalam menyelamatkan harimau Malaya,” katanya dalam satu kenyataan.

Manakala Pengarah Eksekutif dan CEO WWF-Malaysia, Sophia Lim pula berkata usaha menyelamatkan harimau Malaysia adalah misi berterusan pihaknya.

“Ikrar untuk menyelamatkan harimau Malaya adalah misi yang berterusan dan kami ingin ramai, atau lebih tepatnya setiap rakyat Malaysia menandatangani ikrar itu.

“Kami berharap melalui konsert maya ini kami mendapat sambutan lebih banyak lagi. Tiada had; lebih banyak kita berkongsi, lebih banyak sambutan yang akan kita dapat.

“Semakin besar suaranya, semakin kuat tekad untuk menyelamatkan Harimau, dan kami berharap ini menjadi keutamaan dalam agenda nasional,” katanya.

Konsert yang dihsokan oleh penyampai televisyen tempatan Azura Zainal dan pelawak Douglas Lim ini akan menampilkan artis-artis tempatan seperti Yuna, Datuk Zainal Abidin, Reshmonu, Alena Murang, kumpulan Kyoto Protocol, Kumpulan Dikir Barat Arjunasukma dan Juara Tarian Piala Dunia 2019 SK Stella Maris Dance Trio dari Sabah.

Klik untuk tonton lebih banyak video dari WWF-Malaysia

Ia telah berlangsung dan disiarkan secara langsung di laman Facebook WWF-Malaysia pada Ahad 30 Ogos bermula dari pukul 3 hingga 5 petang.

Artikel ini disiarkan dan telah dikemaskini | Astro Awani

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top