Majlis Pelancaran Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Negara dan YBhg. Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia pada 3 September 2019 (Selasa) di PGA Batalion Ke-3, Bidor, Perak.
Operasi Bersepadu Khazanah merupakan program gandingan PDRM dan Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia bagi meningkatkan integriti habitat semulajadi hidupan liar dan membanteras segala bentuk aktiviti pemburuan haram, penyeludupan hidupan liar dan jenayah hidupan liar lain di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].
Program kerjasama ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Kempen Selamatkan Harimau Malaya yang dinaungi oleh YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Hj. Mohd Ali di mana kempen tersebut bertujuan meningkatkan populasi Harimau Malaya yang diancam kepupusan serta meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan pemuliharaan Harimau Malaya.
[ VIDEO ] Sekitar Majlis Pelancaran Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) pada 3 September 2019 (Selasa) di Batalion 3, Pasukan Gerakan Am, Bidor, Perak.
Terima kasih kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) atas komitmen dan kerjasama yang dihulurkan kepada Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia untuk bersama-sama membanteras jenayah hidupan liar.
#SelamatkanHarimauMalaya
#GempurPemburuHaram
#HidupanLiarUntukGenerasiAkanDatang
#PERHILITANdiManaMana
Artikel disiarkan pada 6 September 2019 | WILDLIFE.ORG