Kinta merupakan salah seekor Harimau Malaya yang berada di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC).
Harimau betina ini telah diselamatkan dari Hutan Simpan Bukit Kinta, Perak pada tahun 2010. Semasa diselamatkan, Kinta mengalami kecederaan yang serius akibat terkena jerat pada kaki kiri hadapannya.
Baru-baru ini, rawatan klinikal telah dijalankan ke atas Kinta kerana terdapat luka yang baru pada kaki tersebut. Rawatan telah dijalankan oleh Pegawai Veterinar dan kakitangan NWRC.
Nasib Kinta sangat malang kerana telah mengalami kecacatan kekal akibat jerat!

Profil Harimau Belang, Kinta
- Nama : Kinta
- Jantina : Betina
- Sejarah : Diselamatkan di Hutan Simpan Ulu Kinta, Perak dan di hantar ke Zoo Melaka pada 20.8.2010
- Sejarah NWRC : Dipindahkan ke NWRC pada 20.8.2013
- Tempoh berada di NWRC : 7 tahun
Jerat adalah pembunuh senyap yang tidak mengenal mangsa.
Memiliki jerat merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Artikel ini disiarkan pada 10 April 2020 | PERHILITAN Malaysia