Kenali
Harimau Malaya

Harimau belang merupakan spesies kucing yang terbesar di dunia dan hanya ditemui di Asia.

STATUS PEMULIHARAAN

SPESIS TERANCAM

PROFIL
"PAK BELANG"

ASAL SPESIS

Semenanjung Malaysia

Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni) merupakan salah satu subspesies harimau belang yang masih wujud di dunia dan ianya hanya terdapat di Semenanjung Malaysia dan tidak terdapat di Sabah dan Sarawak.

Terdapat sembilan (9) subspesies harimau belang di dunia dan 3 subspesies telah diisytiharkan pupus.

Subspesis yang telah pupus :

  • Harimau Bali (Panthera tigris balica), di Bali, Indonesia
  • Harimau Jawa (Panthera tigris sondaica), di Jawa, Indonesia
  • Harimau Kaspian (Panthera tigris virgata), di Caspian Sea, Turki, Iran dan Asia  Tengah

Subspesies yang masih ada :

  • Harimau Siberia (Panthera tigris altaica), di Amur-Heilong (Rusia-China)
  • Harimau China Selatan (Panthera tigris amoyensis), di Southeast China-Hainan
  • Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti), di Myanmar, Thailand, Laos, Vietnam, Cambodia,  Southwestern China
  • Harimau Bengal (Panthera tigris tigris), di Bangladesh, Nepal, Bhutan, China dan Myanmar
  • Harimau Sumatera (Panthera tigris sumatrae), di Sumatera, Indonesia
  • Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni), di Semenanjung Malaysia
KARAKTERISTIK

Habitat Geografi

Survei Harimau Malaya belum pernah dilaksanakan dalam skala yang besar mewakili hutan-hutan seluruh Semenanjung Malaysia. Kewujudan Harimau Belang merupakan penanda aras kepada keseimbangan ekosistem.

Habitat utama harimau merentasi tiga landskap iaitu Belum-Temengor (Perak), Taman Negara (Pahang, Terengganu, Kelantan) dan Endau-Rompin (Johor, Pahang).

Morfologi Harimau

Harimau Malaya adalah lebih kecil berbanding Harimau Bengal, dan tidak ketara perbezaannya dengan Harimau Indochina.

Harimau Malaya secara puratanya bersaiz 2.4 meter panjang dan seberat 120 kilogram.

Saiz Purata Harimau Jantan :

  • Berat : >47.2kg ~ 129.1kg
  • Panjang : ~8' 6"
  • Tinggi : ~61 - 114cm

Saiz Purata Harimau Betina :

  • Berat : >24kg ~ 88.1kg
  • Panjang : ~7' 10"
  • Tinggi : ~58 - 104cm

*Data berdasarkan kajian

PENGELASAN SAINTIFIK

ALAM | FILUM

Haiwan Mamalia | Chordata

KELAS PEMAKANAN

Karnivor | Makan Daging

KELUARGA | GENUS

Felidae | Panthera

SPESIS

Panthera Tigris Jacksoni

POPULASI SPESIS

Tahun 2014 : Survei populasi  oleh Jabatan PERHILITAN, WWF, WCS dan RIMBA menganggarkan jumlah Harimau Belang adalah antara 250 higga 340 ekor.

Lokasi survei : 7 landskap utama harimau iaitu di Belum-Temengor, Taman Negara dan Endau-Rompin

Tahun 2015 : 1st NTS dijalankan dengan kerjasama agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan iaitu Jabatan PERHILITAN, World Wide Fund (WWF) Malaysia, Wildlife Conservation Society (WCS) Malaysia dan Pertubuhan Pelindung Alam Malaysia (Pelindung).

Survei Harimau Kebangsaan Pertama (1st National Tiger Survey – 1st NTS) di 75% daripada 44,000 km2 plot kajian dari tahun 2016-2018 mendapati populasi harimau malaya adalah kurang dari 200 ekor.

Lokasi survei : 20 plot di hutan-hutan Central Forest Spine | Meliputi 8 negeri utama harimau belang di Semenanjung Malaysia iaitu Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu

Kaedah survei : Pemasangan perangkap kamera secara sistematik

HARIMAU & EKOSISTEM HUTAN

Ekologi & Tingkah Laku

Harimau Malaya adalah bersifat pemangsa utama ekosistem, sumber makanan utamanya ialah babi hutan, kijang, rusa, napuh, landak, seladang dan pelanduk.

Kepupusan harimau mengganggu sistem ekologi terutamanya pembiakan babi hutan yang meningkat kepada 10x ganda dan memusnahkan hasil pertanian.

Harimau Malaya hidup bersendirian kecuali ketika hendak mengawan atau masih beranak kecil. Proses mengawan berlaku sepanjang tahun dan menghasilkan dua atau tiga ekor anak.

Anak Harimau Malaya akan tinggal bersama ibunya untuk tempoh dua tahun.

Keunikan Harimau

Belang pada badan Harimau Malaya adalah unik bagi setiap individu dan ianya seperti cap jari manusia.

Harimau Malaya merupakan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

sindiket harimau

Pemburuan Haram

Ancaman paling kritikal terhadap Harimau Malaya ialah pemburuan haram.  Pemburu haram tempatan dan penceroboh warganegara asing memasuki hutan kita untuk menjerat harimau dan dijual bagi mendapat keuntungan. 

Jerat merupakan senjata pilihan bagi pemburu haram. Bagi harimau yang dijerat, ia akan sengsara sehingga membawa maut. Ia hanya akan terlepas jika ia menggigit tangannya hingga putus

WhatsApp Image 2019-07-27 at 10.10.12 AM (1)

Perdagangan Hidupan Liar

Permintaan untuk harimau amat tinggi—daripada tulangnya, darah, organ seks, kulit dan giginya dijual sebagai trofi dan tangkal, manakala dagingnya dihidang sebagai juadah eksotik.

 Harimau ini juga mendapat permintaan tinggi di negara asing bagi tujuaan perubatan tradisional.

Rimau - Habitat-03

Kehilangan Habitat

Kawasan keliaran harimau ini semakin mengecil dan harimau perlu berpindah dari satu kawasan ke kawasan yang lain kerana habitatnya yang telah terpisah.

Keadaan ini memberikan risiko untuk berlakunya wildlife roadkill. Terdapat kes pada tahun 2016, seekor Harimau Malaya (yang bunting) mati dilanggar sebuah kenderaan di Lebuhraya Pantai timur (LPT2) pada waktu malam.

rusa sungkai

Kekurangan Sumber Makanan

Sumber makanan utama Harimau Malaya adalah babi hutan, kijang, rusa sambar, napuh, seladang dan pelanduk.

Tetapi hidupan liar ini turut diburu oleh pemburu haram yang tidak bertanggungjawab.

RAKAN NGO

Ambil tahu dan kongsi info...

Ambil tahu tentang ancaman yang dihadapi Harimau Malaya dan kongsi pengetahuan anda kepada keluarga dan sahabat handai, sama ada menerusi perbualan atau media sosial. Semakin ramai yang peka terhadap nasib Harimau Malaya, semakin ramai yang akan mengambil tindakan untuk menyelamatkannya dari kepupusan. Ikuti laman sosial kami di Facebook, Instagram dan Twitter.