Kehadiran 2 Ekor Harimau Belang di Bukit Besi, Terengganu

Berikutan kehadiran dua ekor Harimau Belang di Bukit Besi, Terengganu yang telah tular semenjak semalam, Jabatan PERHILITAN telah menghantar kakitangan ke tempat kejadian untuk membuat kawalan dan siasatan.

Orang ramai adalah diingatkan untuk tidak ke kawasan tersebut sekiranya tiada urusan berkaitan. Penduduk kampung juga diingatkan untuk lebih berhati-hati dan tidak membuat sebarang provokasi kepada Harimau Belang tersebut.

Harimau Belang yang berkeliaran di Bukit Besi telah berjaya ditangkap oleh Jabatan PERHILITAN. Harimau tersebut berada dalam keadaan sihat di bawah pemantauan Pegawai Veterinar dan kakitangan Jabatan dan dijangka akan dipindahkan ke NWRC secepat mungkin.

– Berita Terkini : 19 Julai, 6:54petang

Nasib Sang Rimau Terselamat

Spesis Yang Dilindungi

Sebagai peringatan, Harimau Belang adalah spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Sebarang aktiviti menyimpan, memburu, mencedera, menganiaya dan memprovokasi merupakan satu kesalahan di bawah akta ini.

PENTING

Sila salurkan sebarang maklumat berkaitan kepada Jabatan PERHILITAN di talian 1-800-88-5151. Orang ramai diminta tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak tepat mengenai kejadian ini.