Hari Konservasi Harimau dan Gajah Peringkat Kebangsaan 2020

‚ÄčKementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Taiping telah mengadakan sambutan Hari Konservasi Harimau dan Gajah peringkat Kebangsaan pada 8 Ogos 2020.

Sambutan ini telah dirasmikan oleh Menteri KeTSA, YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Hj. Nasarah yang bertempat di Zoo Taiping & Night Safari, Taiping, Perak. Majlis sambutan ini menggabungkan Hari Harimau Sedunia (Global Tiger Day) yang disambut pada 29 Julai, Hari renjer sedunia (World Ranger Day) pada 31 Julai dan Hari Gajah Sedunia (World Elephant Day) pada 12 Ogos setiap tahun.

Menarik pada tahun ini, Hari Harimau Sedunia yang jatuh pada 29 Julai dan Hari Gajah Sedunia pada 12 Ogos setiap tahun diraikan dalam majlis sambutan yang sama berlangsung di Zoo Taiping.

Sambutan ini bertujuan memberi kesedaran kepada orang awam berkaitan usaha-usaha yang dilakukan bagi melindungi dan memulihara spesies Harimau Malaya dan spesies Gajah Asia di Malaysia serta menghargai jasa serta pengorbanan renjer kita dalam memastikan khazanah alam kita sentiasa terpelihara.

Populasi Harimau Malaya dianggarkan kurang daripada 200 ekor manakala populasi Gajah Asia di Semenanjung Malaysia pula dianggarkan kurang daripada 1,100 ekor.

Terima kasih penaja !

Terima kasih kepada AEON Retail Malaysia yang menjadi penaja Kempen Selamatkan Harimau Malaya sejak kempen ini dilancarkan tahun lalu. AEON telah berjaya menjual lebih 24,000 beg kitar semula di semua cawangan AEON di seluruh Malaysia dan hasil jualan tersebut menyumbang kepada Tabung Kempen Selamatkan Harimau Malaya ini.

#KonservasiHidupanLiar #SelamatkanHarimauMalaya

Artikel ini disarkan pada 8 Ogos 2020 | Perhilitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top