Sambutan Hari Harimau Sedunia 2019

Hari Harimau Sedunia 2019 merupakan sambutan tahunan yang mengingatkan tanggungjawab kita kepada pemuliharaan hidupan liar, Harimau Malaya, yang lebih dikenali sebagai Raja Rimba ini. Tahun ini, bertempat di Putrajaya, Sambutan Hari Harimau Sedunia 2019 telah dirasmikan oleh YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Penanung Kempen Selamatkan Harimau Malaya.

Kempen Selamatkan Harimau Malaya ini telah dilancarkan pada Mac 2019 bagi mempergiat usaha memulihara populasi spesis terancam ini. Kempen yang merangkumi 5 program penting iaitu;

Program Konservasi & Penyelidikan, Penguatkuasaan, Kesedaran Awam, Publisti & Promosi Kempen serta Program Tajaan dan Sumbangan CSR.

Jika tiada tindakan drastik yang dijalankan bagi mengatasi masalah penurunan populasi Harimau Malaya ini, jangkaan dalam tempoh lima (5) hingga sepuluh (10) tahun Malaysia akan kehilangan spesies ini buat selama-lamanya.

Jabatan PERHILITAN Malaysia

Sokong Usaha Memulihara Harimau Malaya

Sumbangan Anda Amat Diperlukan

Pihak Jabatan Perhilitan amat mengalu-alukan tajaan dan sumbangan serta kerjasama daripada semua pihak bagi menjayakan Kempen ‘Selamatkan Harimau Malaya’ ini.

Sumbangan anda adalah khusus bagi tujuan aktiviti pemuliharaan Harimau Malaya. Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia bersama dengan rakan kerjasama strategik akan mempergiat pelbagai bentuk usahasama dalam menjalankan aktiviti pemuliharaan Harimau Malaya melalui sumbangan daripada anda.

Kongsi Info dengan Kami

Jika anda mempunyai sebarang info atau maklumat tentang jenayah hidupan liar ini, sila hubungi pihak Jabatan PERHILITAN di talian Hotline PERHILITAN 1-800-88-5151 dengan segera untuk tindakan lanjut.

Kerjasama dan sokongan anda semua amatlah dihargai.

Leave a Comment