Gempar! Harimau Serang Ternakan Penduduk

Operasi Tangkapan Seekor Harimau Jantan Di Ladang Felda Kerteh 2, Kemaman, Terengganu

Sebentar tadi, Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah berjaya menangkap seekor Harimau jantan melalui tembakan ubat pelali di Ladang Felda Kerteh 2, Kemaman, Terengganu. Harimau tersebut telah tercedera kerana terdapat 3 kesan tembakan pada bahagian kaki belakangnya.

Harimau ini akan dipindahkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), untuk rawatan susulan dan pemantauan lanjut.

Kejayaan tangkapan Harimau pada hari ini diharap dapat menyelesaikan masalah gangguan Harimau yang telah menyerang ternakan penduduk sekitar ladang tersebut sejak November tahun lepas.

Terdahulu, Tular Isu Serangan Harimau Belang Ke Atas Ternakan Orang Kampung Di Felda Kerteh 4, Kemaman, Terengganu

Susulan tular berita di media massa berkenaan dua ekor ternakan dibaham Harimau Belang di Felda Kerteh 4, Kemaman, Terengganu. Sehubungan itu, Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia sedang berusaha sedaya upaya bagi menangkap hidupan liar terbabit.

Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah melakukan pemantauan secara berterusan di lokasi kejadian sejak menerima aduan kehadiran Harimau Belang pada 24 November 2020 iaitu sebelum tularnya berita di media sosial Facebook berkenaan serangan Harimau Belang ke atas ternakan orang kampung di Felda Kerteh 4, Kemaman, Terengganu pada 8 Disember 2020.

Pemasangan perangkap Harimau Belang telah dilakukan pada 2 Disember 2020 dan tambahan dua unit perangkap lagi akan dipasang di sekitar kawasan terlibat pada minggu ini. Beberapa tindakan lain turut diambil seperti pemasangan 𝑐𝑎𝑚𝑒𝑟𝑎 𝑡𝑟𝑎𝑝 bagi memantau kehadiran dan pergerakan harimau tersebut serta melakukan perbincangan bersama ketua kampung dan pihak penternak bagi mengurung ternakan mereka sehingga keadaan selamat.

Operasi tangkap dan pindah akan dilakukan sebagai inisiatif terakhir sekiranya tangkapan menggunakan perangkap gagal.

Namun begitu, pihak Jabatan PERHILITAN menasihati orang awam supaya tidak mengambil tindakan sendiri untuk membunuh atau menghalau jika mendapati harimau atau hidupan liar menyerang kawan perkampungan/ kediaman sebaliknya menyalurkan maklumat tersebut ke Talian Hotline Jabatan PERHILITAN 1800-88-5151 jika terserempak dengan hidupan liar tersebut.

#KonservasiHidupanLiar #SelamatkanHarimauMalaya

Artikel ini telah disiarkan pada20 Disember 2020 | Jabatan PERHILITAN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top