Kerajaan kaji pinda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar
Sejak 2014 sehingga Jun lepas, PERHILITAN memusnahkan lebih 2,890 jerat menerusi 479 operasi jerat yang dilaksanakan. Menerusi operasi yang dijalankan, PERHILITAN menemui pelbagai spesies haiwan yang cedera termasuk harimau, tapir dan gajah akibat terkena jerat wayar dipasang pemburu haram.