Bertugas Demi Negara

Sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 Mac hingga 14 April 2020, Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) meneruskan kerja-kerja penjagaan kesihatan dan kebajikan hidupan liar seperti biasa terutamanya spesies Harimau Malaya.

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, Jabatan PERHILITAN melalui petugas-petugas di pintu sempadan Negara bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan konsaimen di Pejabat PERHILITAN KLIA.

Untuk info bersama, Pejabat PERHILITAN KLIA menjalankan pemeriksaan dan pelepasan konsaimen import/eksport hidupan liar dan pemeriksaan penumpang di bawah Akta Pemulihaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686] bagi membendung penyeludupan hidupan liar.

Malah, kakitangan Jabatan PERHILITAN terus menjalankan rondaan penguatkuasaan di seluruh Semenanjung Malaysia.Rondaan telah dijalankan oleh kakitangan Jabatan PERHILITAN Daerah Lipis di sekitar Hutan Simpan Sungai Yu yang bersempadan dengan kawasan Taman Negara. Rondaan dijalankan bagi mengesan sebarang perlanggaran terhadap Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Sepanjang rondaan, tiada sebarang pelanggaran Akta 716 direkodkan. Pihak Jabatan PERHILITAN sentiasa bekerjasama dengan pihak Polis DiRaja Malaysia bagi membanteras sebarang jenayah berkaitan hidupan liar.

Oleh itu, diharap semua sila duduk di rumah dan pihak Jabatan PERHILITAN menguruskan NWRC ini.

Gambar dari sumber PERHILITAN.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top