Berita Sedih: Kematian Awang Rasau

Dukacita dimaklumkan Awang Rasau telah tiada. Kematian Harimau Malaya jantan dilaporkan pada pukul 12.00 tengahari tadi 5 Mac 2021 di Hospital Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) akibat komplikasi saraf, kegagalan sistem perkumuhan dan jangkitan kuman pada luka di kaki belakangnya.

Sebelum ini Awang Rasau menderita kesakitan akibat kecederaan terkena 8 butir peluru yang ditembak oleh pemburu haram.

Peluru ini juga turut mengenai paru-paru serta sistem sarafnya yang telah menyebabkan harimau ini telah lumpuh separuh badan dan hanya boleh bergerak menggunakan kaki hadapannya sahaja. Luka kaki belakangnya akibat seretan juga amat serius.

Setelah kesihatan Awang Rasau semakin merosot pada 3 Mac 2021, pihak Jabatan PERHILITAN telah sedaya upaya menyelamatkan Awang Rasau ini dengan mendapatkan rawatan susulan serta nasihat Doktor Pakar di Hospital Veterinar UPM pada 4 Mac 2021 namun Awang Rasau masih tidak dapat diselamatkan.

Keadaan Menyelamat Awang Rasau

Jabatan PERHILITAN juga memohon orang ramai menjadi mata dan telinga Kerajaan dengan menyalurkan sebarang maklumat jenayah hidupan liar ke Talian Hotline Jabatan PERHILITAN di 1800-88-5151.

Awang Rasau masih menderita akibat kecederaan kesan tembakan di kaki belakangnya. Melalui keputusan X-ray yang telah dijalankan terdapat 5 kesan butir peluru dijumpai dan bukannya 3 butir peluru seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Sebutir peluru telah berjaya dikeluarkan manakala pembedahan untuk mengeluarkan baki peluru akan dilakukan pada pembedahan seterusnya. Keadaan baki peluru yang tinggal berada agak dalam pada badan Awang Rasau.

Artikel ini telah disiarkan pada 5 Mac 2021 | Jabatan PERHILITAN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top