BERITa PENGUATKUASAAN JABATAN PERHILITAN

Satu pemeriksaan penguatkuasaan telah dijalankan di sebuah premis terletak di sekitar Kuala Lumpur pada 2 Februari 2022. Melalui pemeriksaan ini, Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah merampas bahagian hidupan liar disyaki kepala Rusa, Kulit Harimau Malaya dan kulit Beruang yang telah disimpan tanpa dokumen penyimpanan daripada Jabatan PERHILITAN.

Laporan polis telah dibuat berkenaan rampasan ini dan kesemua barang rampasan telah dibawa ke Jabatan PERHILITAN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. Kes akan disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Artikel ini telah disiarkan pada 15 Februari 2022 | Jabatan PERHILITAN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top