Melalui Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di bawah π΅πππππ£πππ ππ‘π¦ ππππ‘πππ‘πππ πππ πππ‘πππππππ πππππππππ (BP3), seorang lelaki warganegara Thailand telah berjaya ditahan oleh Jabatan PERHILITAN Negeri Perak dengan kerjasama Perbadanan Taman Negeri Perak atas kesalahan memiliki bahagian hidupan liar dan jerat di Taman Negeri Royal Belum, Perak pada 13 Mac 2021.
Program ini merupakan salah satu program penguatkuasaan di bawah Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia.
Pemeriksaan ke atas suspek telah menemui sisik Tenggiling seberat 1.9 kilogram serta 6 unit jerat. Kes telah disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [π΄ππ‘π 716] dan kesemua barang kes telah dibawa ke Jabatan PERHILITAN Negeri Perak untuk tindakan selanjutnya.
Kempen Selamatkan Hidupan Liar
Hidupan Liar merupakan khazanah semulajadi Negara kita. Ayuh bersama menjaga dan memelihara sementara ia masih wujud dan berupaya untuk diselamatan.
Artikel ini telah disiarkan pada 16 mac 2021 | Jabatan PERHILITAN