PEMERIKSAAN KAKI KANAN HARIMAU BELANG JANTAN “AWANG RUAL” BERSAMA PAKAR RADIOLOGI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Program ini merupakan salah satu program penguatkuasaan di bawah Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia.
Pada 12 Mac 2021, seekor Harimau Belang jantan bernama “Awang Rual”telah menjalani prosedur pemeriksaan kaki kanannya oleh Dr. Lau Seng Fong, pakar radiologi Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia di klinik Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak. Prosedur pemeriksaan ini berikutan terdapat masalah lutut bengkak pada kaki kanan “Awang Rual”.
Untuk makluman semua, “Awang Rual” adalah seekor Harimau jantan liar yang telah ditangkap di Kampung Sungai Rual, Jeli, Kelantan pada tahun 2007 dan telah ditempatkan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak sejak tahun 2013.
Kempen Selamatkan Hidupan Liar
Hidupan Liar merupakan khazanah semulajadi Negara kita. Ayuh bersama menjaga dan memelihara sementara ia masih wujud dan berupaya untuk diselamatkan.
#KonservasiHidupanLiar #SelamatkanHarimauMalaya
Artikel ini telah disiarkan pada 15 Mac 2021 | Jabatan PERHILITAN