Awang Besul Hidup di ‘Rumah Baru’

Harimau Belang yang dikenali sebagai ‘Awang Besul’ kini ditempatkan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai Perak.

Harimau tersebut berada di bawah pemantauan Pegawai Veterinar serta kakitangan Jabatan dan akan dikuarantin untuk satu tempoh tertentu bagi memastikan hidupan liar tesebut benar-benar sihat dan diberikan rawatan.

NWRC, Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan

Info NWRC

NWRC yang berkeluasan 30 hektar mula dibina pada tahun 2012 dan siap sepenuhnya pada tahun 2018. 

Pusat ini dijadikan satu pusat penempatan spesies hidupan liar terancam, yang diselamatkan daripada kecederaan, penyeludupan, rampasan dan serahan di Semenanjung Malaysia.

Info Terkini

Operasi mencari dan menjejak seekor lagi harimau yang didakwa masih di kawasan hutan berdekatan masih diteruskan.

Orang Awam adalah diingatkan agar berhati-hati di kawasan tersebut dan segera melaporkan kepada Jabatan PERHILITAN di talian Hotline PERHILITAN 1-800-88-5151 jika terjumpa dengan hidupan liar tersebut.