Harimau Malaya merupakan hidupan liar yang menjadi kebanggaan khazanah negara kita, Malaysia. Ketahui 10 fakta menarik tentang Harimau Malaya yang mungkin anda tidak pernah tahu, sebelum ini.
1. Nama Sebenar, Nama Pengenalan dan Nama Panggilan
Nama saintifik bagi Harimau Malaya ini adalah ‘Panthera tigris jaksoni‘ yang mengambil sempena nama Peter Jackson, seorang ahli konservasif harimau. Di Malaysia, Harimau Malaya ini juga dikenali dengan nama ‘Pak Belang’
2. 1 daripada 9 sub-spesis bersaudara
Sub-spesis Harimau Malaya mula ditemui pada tahun 2004, yang kemudiannya dijadikan sebagai haiwan kebangsaan Malaysia.
Terdapat 9 sub-spesis harimau yang wujud dalam dunia. 3 sub-spesis telah diisytiharkan pupus iaitu
- Harimau Bali (Panthera tigris balica), di Bali, Indonesia
- Harimau Jawa (Panthera tigris sondaica), di Jawa, Indonesia
- Harimau Kaspian (Panthera tigris virgata), di Caspian Sea, Turki, Iran dan Asia Tengah
Manakala 6 lagi sub-spesis Harimau yang masih dipelihara dan dipulihara ialah:
- Harimau Siberia (Panthera tigris altaica), di Amur-Heilong (Rusia-China)
- Harimau China Selatan (Panthera tigris amoyensis), di Southeast China-Hainan
- Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti), di Myanmar, Thailand, Laos, Vietnam, Cambodia, Southwestern China
- Harimau Bengal (Panthera tigris tigris), di Bangladesh, Nepal, Bhutan, China dan Myanmar
- Harimau Sumatera (Panthera tigris sumatrae), di Sumatera, Indonesia
- Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni), di Semenanjung Malaysia
3. Sub-spesis Harimau Paling Kecil
Harimau Malaya merupakan sub-spesis harimau paling kecil berbanding 8 saudara sub-spesisnya yang lain.
Seekor Harimau Malaya jantan dewasa mempunyai berat sekitar 100-120kg dengan panjang melebihi 8 kaki dan tinggi tubuh mencecah 114cm.
4. Harimau Malaya Berat Tapi Laju Berlari
Seekor harimau dewasa adalah seberat 80kg hingga 129kg setiap ekor. Dengan seberat itu, seekor Harimau malaya mempunyai kelajuan larian mencecah sehingga 96km/j (60mph). Dan ini adalah 3 kali ganda lebih pantas dari pelari pecut dunia Usain Bolt! Dan 2 kali ganda lebih laju dai kepantasan kucing spesis biasa di perumahan kita.
5. Belang Sang Rimau
Identifikasi setiap Harimau Malaya adalah melalui belangnya yang berbeza. Sama seperti cap jari manusia. Walaupun ia dilihat sama, tapi ia tidak serupa. Ini menjadikan setiap ekor harimau itu adalah unik!
6. Habitat Harimau Malaya
Harimau Malaya hanya wujud di Tanah Semenanjung Malaysia. Ia tidak dijumpai di Sabah dan Sarawak.
Habitat utama harimau merentasi tiga landskap iaitu Belum-Temengor (Perak), Taman Negara (Pahang, Terengganu, Kelantan) dan Endau-Rompin (Johor, Pahang).
7. Harimau Si Anak Manja
Harimau Malaya hidup bersendirian kecuali ketika hendak mengawan atau masih beranak kecil. Proses mengawan berlaku sepanjang tahun dan menghasilkan dua atau tiga ekor anak.
Anak Harimau Malaya akan tinggal bersama ibunya untuk tempoh dua tahun. Ini kerana anak harimau tidak dapat melihat (buta) selepas dilahirkan. Mata anak harimau akan terbuka antara 6-12 hari. Namun ia hanya dapat melihat selepas beberapa minggu kelahiran.
Ini menjadikan anak harimau terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ibu harimau (harimau betina dan hidup berkeluarga sepanjang tempoh hingga berusia hampir 18 bulan.
8. Usia Kehidupan Harimau Malaya
Usia hayat seekor Harimau Malaya adalah antara 21 hingga 26 tahun.
Ini bersamaan dengan usia antara 80 hingga 108 tahun usia manusia biasa!
9. Spesis Tidak Takut Air
Tidak seperti kebanyakan spesis kucing yang lain, Harimau Malaya sukakan air. Ia mampu berenang antara 7km (4.3 batu) hingga 29km (18 batu) sehari untuk mengawasi kawasan jajahannya.
10. Harimau Malaya Suka Tidur Siang
Secara purata, seeko harimau menghabiskan 18-20 jam sehari untuk tidur terutamanya di waktu siang. Ia selesa tidur di atas batu-batuan atau di atas rumput liar dalam jajahannya.
Harimau Malaya akan memburu mangsa ketika waktu pemangsanya sudah ‘berehat’ agar ia dapat menjimatkan tenaga. Ketahuilah, lagi banyak Harimau itu bergerak, lebih lapar dan banyak ia perlu makan!
Sayangnya, kebanyakan harimau di seluruh dunia kian terancam. Harimau Malaya hanya tinggal kurang daripada 200 ekor sahaja lagi kerana diancam kepupusan dek kerakusan manusia dengan kekayaan wang yang memusnahkan ekosistem alam.