SELAMATKAN HARIMAU MALAYA

 

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU

 

 • Menyumbang kepada Tabung Amanah

 Sumbangan anda akan disalurkan untuk aktiviti-aktiviti pemuliharaan Harimau Malaya. (Klik sini)

 

 • Laporkan jenayah hidupan liar

Demi menyelamatkan Harimau Malaya, kita memerlukan bantuan seluruh rakyat Malaysia.

Jika anda terlihat atau mengetahui sebarang aktiviti berkaitan pemburuan haram atau jenayah hidupan liar, laporkan segera kepada Hotline PERHILITAN di 1 800 88 5151 atau emel kepada harimau@wildlife.gov.my

 

 • Katakan ‘TAK NAK’ kepada perdagangan harimau

Jangan membeli apa-apa produk berasaskan harimau - dari ubat-ubatan, tangkal atau perhiasan.

Laporkan kedai-kedai yang terlibat kepada Hotline PERHILITAN di 1 800 88 5151 atau emel kepada harimau@wildlife.gov.my

 

 • Sokong usaha-usaha pemuliharaan harimau secara menyeluruh

Bantu dan beri sokongan kepada organisasi bukan kerajaan (NGO) lain yang turut menyumbang kepada pemuliharaan Harimau Malaya dan habitatnya. Bantulah NGO pilihan anda dari segi tenaga sukarelawan mahupun sumbangan kewangan.

 

 • Menambah dan berkongsi pengetahuan tentang Harimau Malaya

Ambil tahu tentang ancaman yang dihadapi Harimau Malaya dan kongsi pengetahuan anda kepada keluarga dan sahabat handai, sama ada menerusi perbualan atau media sosial. Semakin ramai yang peka terhadap nasib Harimau Malaya, semakin ramai yang akan mengambil tindakan untuk menyelamatkannya dari kepupusan. Ikuti laman sosial kami di Facebook, Instagram dan Twitter.

 

KEMENTERIAN AIR, TANAH

DAN SUMBER ASLI