SELAMATKAN HARIMAU MALAYA

Menyelamatkan Harimau Malaya adalah tanggungjawab bersama. Sumbangan anda adalah khusus bagi tujuan aktiviti pemuliharaan Harimau Malaya.

 

Bagaimanakah untuk saya menyumbang?

 

1. PINDAHAN ATAS TALIAN ATAU ONLINE TRANSFER

Pindahan atas Talian atau Online Transfer ke akaun bank 160 1400 1000 4397 (Alliance Bank)

dan nama penerima adalah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.

Pastikan ruangan rujukan ditaip perkataan PERHIILITAN.

Sila emelkan 1) Resit sumbangan

2) Maklumat peribadi (nama, no. tel. dan emel)

kepada : harimau@wildlife.gov.my

 

 2. SECARA POS

Kirimkan sumbangan anda ke Ibupejabat PERHILITAN secara pos (sertakan sampul surat dan setem beralamat sendiri) ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia,

KM 10, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur.

Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk cek, bank draf atau wang pos

atas nama ‘Ketua Pengarah PERHILITAN’

 

3. HADIR SENDIRI

Hadir sendiri ke Unit Kewangan, Ibupejabat PERHILITAN di KM 10, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur.

Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk wang tunai, cek, bank draf atau wang pos

atas nama ‘Ketua Pengarah PERHILITAN’

 

 

Adakah saya akan menerima resit selepas memberi sumbangan?

Ya, resit rasmi penerimaan sumbangan akan dikeluarkan oleh Ibupejabat PERHILITAN.

 

 Adakah sumbangan ini layak mendapat pelepasan cukai?

Ya, sumbangan ini layak mendapat pelepasan cukai dari pihak LHDN.

Resit rasmi PERHILITAN adalah sebagai bukti sumbangan.

 

 Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya terdapat sebarang pertanyaan?

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Unit Kewangan, Ibupejabat PERHILITAN (03-9086 6827,6826,6828,6830) atau emel kepada harimau@wildlife.gov.my

 

 

KEGUNAAN SUMBANGAN

 

 • Menampung kos perlaksanaan operasi rondaan di habitat harimau yang dikenalpasti.

 • Program pembiakan Harimau Malaya

 • Kajian / penyelidikan berkaitan Harimau Malaya

 • Program pembiakan sumber makanan Harimau Malaya

 • Program kesedaran awam

 • Pengayaan habitat Harimau Malaya

KEMENTERIAN AIR, TANAH

DAN SUMBER ASLI