SELAMATKAN HARIMAU MALAYA

YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd Ali, isteri kepada YAB Perdana Menteri Malaysia,

adalah penaung kempen 'Selamatkan Harimau Malaya'. Beliau amat tersentuh dengan situasi Harimau Malaya yang kini kurang dari 200 ekor dan berdepan dengan ancaman pemburu haram.

 

“Harimau telah hidup di hutan negara kita sejak berzaman lamanya. Ia merupakan ikon negara dan dilihat di mana-mana, dari Jata Negara ke lambang-lambang institusi kerajaan mahupun swasta.

Di dalam bahasa Melayu juga, ia disebut dalam lebih 50 peribahasa.

Marilah kita—dari kerajaan, organisasi korporat, yayasan-yayasan, organisasi bukan kerajaan serta seluruh rakyat Malaysia bersama-sama berganding bahu untuk menyelamatkan Harimau Malaya kita.”

– YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd Ali

KEMENTERIAN AIR, TANAH

DAN SUMBER ASLI