SELAMATKAN HARIMAU MALAYA

HOTLINE

PERHILITAN

1 800 88 5151

HARIMAU MALAYA - Panthera tigris jacksoni

 

Harimau Malaya adalah salah satu daripada enam spesies harimau di dunia dan hanya dijumpai di Semenanjung Malaysia. Kini Harimau Malaya telah disenaraikan sebagai sangat terancam di bawah Senarai Merah IUCN yang bermaksud spesies itu berdepan dengan risiko sangat tinggi untuk pupus.

 

Harimau dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) sebagai spesies yang dilindungi sepenuhnya.

 

Survei Harimau Kebangsaan kini masih dijalankan tetapi para pakar menganggarkan bahawa terdapat kurang dari 200 ekor Harimau Malaya. Habitat utama harimau merentasi tiga landskap iaitu Belum-Temengor (Perak), Taman Negara (Pahang, Terengganu, Kelantan) dan Endau-Rompin (Johor, Pahang).

 

 

ANCAMAN HARIMAU MALAYA

 

PEMBURUAN HARAM

Ancaman paling kritikal terhadap Harimau Malaya ialah pemburuan haram.

Pemburu haram tempatan dan penceroboh warganegara asing memasuki hutan kita untuk menjerat harimau dan dijual bagi mendapat keuntungan.

 

Jerat merupakan senjata pilihan bagi pemburu haram. Diperbuat dari dawai besi, ia dipasang di kawasan laluan harimau dan ditinggalkan untuk diambil semula kemudian hari. Mana-mana binatang boleh terperangkap dan jika ia cuba melepaskan diri, jerat akan bertambah ketat. Bagi harimau yang dijerat, ia akan sengsara sehingga membawa maut.

Ia hanya akan terlepas jika ia menggigit tangannya hingga putus.

 

PERDAGANGAN HIDUPAN LIAR

Permintaan untuk harimau amat tinggi—daripada tulangnya, darah, organ seks, kulit dan giginya dijual sebagai trofi dan tangkal, manakala dagingnya dihidang sebagai juadah eksotik. Harimau ini juga mendapat permintaan tinggi di negara asing bagi tujuaan perubatan tradisional.

 

KEHILANGAN HABITAT

Suatu ketika dahulu, Semenanjung Malaysia hampir 90% diliputi hutan. Namun kini, kurang 50% hutan yang tinggal.

Walaupun kadar kehilangan habitat di Malaysia adalah stabil, kesan fragmentasi hutan mengakibatkan harimau semakin terpulau dan kehilangan genetik diversiti.

 

KEKURANGAN SUMBER MAKANAN

Sumber makanan utama Harimau Malaya adalah rusa sambar, kijang dan babi hutan. Tetapi rusa sambar yang merupakan pilihan utamanya kini sangat terancam dan diburu oleh penduduk tempatan untuk dagingnya.

KEMENTERIAN AIR, TANAH

DAN SUMBER ASLI